mutakhir

Ajal kereta terbabas

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

SEORANG maut manakala tiga lagi cedera selepas Perodua Alza dinaiki merempuh pokok kelapa sawit di Kilometer 4, Jalan Kinabatangan-Lahad Datu, berhampiran Kampung Jaya Baru, Kinabatangan, hari ini.

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, penumpang hadapan, Jamaluddin Saka, 51, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penumpang belakang, Mariamah Tolah, 50, dan Mohd Shami Rizal, 11, parah dan seorang lelaki berusia 43 tahun cedera ringan.

Pemandu berusia 20 tahun tidak mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan Nur Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.15 tengah hari.

"Seramai tujuh anggota bomba dikejar ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan sebaik tiba, didapati kemalangan membabitkan sebuah kenderaan dinaiki lima individu disyaki terbabas sendiri sebelum merempuh pokok kelapa sawit.

"Tiga penumpang cedera dan seorang lagi tidak mengalami kecederaan. Seorang lelaki tersepit dikeluarkan pihak bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nur Azlan berkata, semua mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan.

Disiarkan pada: August 26, 2017 @ 5:38pm
d