mutakhir

Tiga pegawai JPJ selamat kenderaan terbalik

Oleh HM Digital

Pekan: Tiga pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang yang dalam perjalanan untuk menghadiri program Satu Komuniti Satu JPJ terselamat apabila kenderaan ultiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner hilang kawalan sebelum terbalik ke kawasan paya di Kilometer 16 Jalan Nenasi-Rompin, semalam.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi, pemandu Mohd Rozaini Mohd Yusoff, 46, yang juga Ketua Pembantu Penguatkuasa JPJ tidak mengalami kecederaan, manakala Ketua Pembantu Penguatkuasa JPJ Rosnani Omar, 41, yang berada di tempat duduk penumpang depan luka di kepala.

Sementara, Pembantu Penguatkuasa JPJ Mohd Adzrin Ahammad, 22, yang berada di tempat duduk belakang pula patah bahu kanan.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Amran Sidek berkata, ketika kejadian ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan untuk menghadiri program itu di Dewan Angkat Berat, Rompin, namun kenderaan terbabit hilang kawalan dan terbalik ke kawasan paya.

Disiarkan pada: August 27, 2017 @ 8:07am
d