mutakhir

Peserta ekspedisi K2 kunjungi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi

Oleh HM Digital

Skardu (Pakistan): Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Skardu yang mengambil masa sekitar 20 jam termasuk tempoh transit di beberapa destinasi antaranya Bangkok, Thailand dan Lahore, Pakistan sememangnya situasi yang memenatkan kesemua sembilan peserta XPDC Merdeka Day ke Kem Induk K2.

Dalam tempoh perjalanan 20 jam itu juga, sebaik saja kami tiba di Lahore, peserta ekspedisi sempat mengunjungi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan di Islamabad dan disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar bersama isterinya serta beberapa kakitangan kedutaan.

Aktiviti kunjungan ke situ sebenarnya bukan sesuatu perkara yang baru dilaksanakan oleh pihak penganjur ekspedisi, Malaysia Backpakers (MPB) bertujuan bagi memaklumkan kepada pihak kedutaan kehadiran mereka ke luar negara.

Hasrul Sani berkata, lawatan peserta ekspedisi ke Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan perlu diikuti oleh rakyat Malaysia yang lain sekiranya mereka ingin ke luar negara terutama membabitkan lokasi atau destinasi yang berisiko tinggi.

Disiarkan pada: August 27, 2017 @ 8:17am
d