mutakhir

Lelaki hilang 9 hari ditemui mati

Oleh HM Digital

Samarahan: Selepas sembilan hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan, lelaki warga emas yang hilang sejak 16 Ogos lalu ditemui mati
di kawasan hutan bakau berhampiran Kampung Sampun Tebun, di sini, semalam.

Mayat Lembong Pin, 75, ditemui jam 10.20 pagi oleh pasukan SAR dan penduduk kampung, kira-kira satu kilometer dari Jeti Kampung Sampun Tebun, di sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan sempurna.

“Keluarga lelaki itu mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang. Sebelum ini, anggota bomba menemui topi yang digunakan mangsa pada jarak 300 meter dari mayat mangsa ditemui,” katanya.

Mangsa dari Pasir Ambal, Kampung Serpan Laut,
di sini, dilaporkan terjatuh dari botnya ketika menangkap ketam pada 16 Ogos lalu.

Disiarkan pada: August 27, 2017 @ 8:43am
d