mutakhir

Tol percuma MEX

Oleh Siti A'isyah Sukaimi

MAJU Expressway Sdn Bhd, pengendali Lebuhraya Maju Expressway (MEX) menawarkan laluan tol percuma untuk semua kelas kenderaan bermula 12 malam hingga 11.59 malam pada 31 Ogos sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Dalam kenyataan dikeluarkan Maju Expressway Sdn Bhd hari ini, dianggarkan lebih 107,000 kenderaan bakal menikmati laluan percuma pada hari berkenaan.

"Selain itu, pada sambutan hari raya Aidiladha 1 September ini, Lebuhraya MEX akan memberi diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada pengguna untuk semua kelas kenderaan.

"Tol ini akan dinikmati oleh pengguna lebuhraya bermula jam 12.00 malam sehingga jam 11.59 malam pada hari berkenaan," kata kenyataan itu di Putrajaya, hari ini.

Menurut kenyataan itu, dianggarkan lebih 91,000 kenderaan bakal menikmati diskaun laluan tol berkenaan.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai tol percuma, tol diskaun dan laporan trafik melalui akaun MEXTraffic Twitter dan MEXTraffic Facebook atau hubungi MEX Hotline di 03-83159111 untuk maklumat lanjut.

Disiarkan pada: August 27, 2017 @ 3:50pm
d