mutakhir

Rumah kongsi hangus

Oleh Zuliaty Zulkiffli

RUMAH kongsi pekerja tapak Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Setar musnah dalam kebakaran dekat Kompleks Hijau Kuning di Jalan Pegawai, Alor Setar, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fadli Nik Abu berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.04 tengah hari dan sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja tiba di lokasi dua minit kemudian.

Beliau berkata, sebaik tiba Pegawai Bomba Kanan II Zabidi Zainul yang mengetuai operasi bersama anggotanya mendapati kebakaran berlaku membabitkan rumah kelas C.

"Kebakaran itu memusnahkan hampir keseluruhan rumah berkenaan namun tiada mangsa dilaporkan berada di dalamnya ketika kejadian.

"Operasi pengawalan dan pemadaman kebakaran turut dibantu lapan anggota Pasukan Bomba Sukarela.

"Kita menggunakan satu aliran 200 kaki dua pancutan daripada pam jentera bomba dan api berjaya dikawal pada 12.14 tengah hari tadi sebelum dipadam sepenuhnya tidak lama kemudian," katanya.

Disiarkan pada: August 27, 2017 @ 5:37pm
d