mutakhir

Tak serik-serik

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

DEEJAY pusat hiburan yang pernah ditahan polis selepas memandu dalam pengaruh pengaruh alkohol selain menghina polis trafik, Mei lalu masih tidak serik apabila mengulangi kesalahan sama.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nazri Hussain berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di Jalan Imbi, Kuala Lumpur kira-kira 4 pagi, semalam.

"Lelaki terbabit ditahan selepas didapati memandu dalam pengaruh alkohol dan akan didakwa ke mahkamah khas trafik Kuala Lumpur, hari ini mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Saya mengingatkan orang ramai bahawa polis tidak akan berkompromi terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan memandu dalam pengaruh alkohol kerana tindakan itu membahayakan nyawa individu lain," katanya.

Lelaki itu pernah ditahan pada 6 Mei lalu atas kesalahan sama termasuk menghina polis trafik dan didakwa di mahkamah yang mengenakan denda sebanyak RM1,800.

Disiarkan pada: August 28, 2017 @ 2:23pm
d