mutakhir

Anak siapa ni?

Oleh Norizuan Shamsuddin

POLIS mencari ibu bapa atau waris kanak-kanak lelaki yang ditemui bersendirian di Jalan Puchong Permata 1, Puchong, hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kanak-kanak dipercayai bangsa Melayu berusia lingkungan tiga tahun itu ditemui menangis di kawasan terbabit, kira-kira 2 petang.

"Kanak-kanak lelaki terbabit kini berada di Balai Polis Bukit Puchong.

"Kepada ibu bapa yang kehilangan anak sila berurusan dengan Asisten Superintendan Che Shamsuddin di talian 0192856137 atau tampil di Balai Polis berkenaan bagi tindakan lanjut," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Disiarkan pada: August 28, 2017 @ 4:57pm
d