mutakhir

Skim untuk siswazah menganggur

Oleh Baharom Bakar

KERAJAAN Terengganu memperuntukkan sebanyak RM4 juta tahun ini untuk Skim Siswazah Menganggur.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, melalui skim itu, siswazah menganggur yang berminat untuk menjalani latihan dalam bidang pertanian akan dibayar elaun sebanyak RM1,000 sebulan.

"Kerajaan negeri bersetuju menyediakan elaun latihan berkerja selama enam bulan dan kemudahan itu akan disambung selama enam bulan lagi berdasarkan prestasi," katanya selepas merasmikan projek tanaman nangka di Kampung Pelong, Permaisuri, hari ini.

Ahmad Razif berkata, jika peserta skim menunjukkan minat dan prestasi membanggakan ketika menjalani latihan itu, kerajaan negeri akan menyediakan tanah bagi membolehkan mereka mengusahakan projek pertanian.

"Keluasan tanah akan diberikan kepada siswazah yang berjaya dalam latihan itu adalah 0.8 hektar.

"Kerajaan negeri mencadangkan siswazah yang berjaya menamatkan latihan mengusahakan pertanian secara berkelompok," katanya.

Disiarkan pada: August 28, 2017 @ 8:29pm
d