mutakhir

Pelanggan setia Petron menang hadiah RM5,000

Oleh HM Digital

Johor Bahru: Pelanggan setia stesen minyak Petron berharap Cabaran Hypermarket Sweep Petron diteruskan pada masa depan bagi memberi peluang kepada mereka memenangi pelbagai hadiah menarik berikutan peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Pemenang hadiah utama Sofian Musa, 32, berkata, ia sedikit sebanyak dapat membantu dia dan keluarganya membeli pelbagai jenama barangan kerana peningkatan harga mendadak.

Katanya, dia juga tidak menyangka memenangi RM5,000 dalam cabaran berkenaan berikutan menyertainya secara tidak sengaja.

“Saya menerima panggilan telefon daripada Petron memberitahu terpilih menyertai cabaran ini. Pada mulanya tidak percaya kerana tidak pernah memenangi apa-apa peraduan sebelum ini.

“Bagaimanapun, selepas diyakinkan saya teruja untuk membeli pelbagai barangan di Pasaraya Giant dalam masa ditetapkan dan ia dianggap mencabar fizikal serta mental kerana perlu menolak troli selain mengambil barang pada masa sama,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) Danny Chen Heng Siong berkata, Cabaran Hypermarket Sweep Petron diperkenalkan pada 2015 dengan hadiah bernilai RM500 sebelum jumlah itu dinaikkan kepada RM140,000 tahun lalu membabitkan 40 pemenang di empat lokasi seluruh negara.

Disiarkan pada: August 29, 2017 @ 4:55am
d