mutakhir

Doa agar Rohingya dapat pembelaan

Oleh Yusmizal Dolah Aling

DOA sebagai jalan terakhir. Itu permintaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) kepada umat Islam khususnya jemaah haji yang berada di Makkah untuk memohon kesejahteraan kepada saudara segama di

Rakhine.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata,menjadi tanggungjawab semua kaum Muslimin membela kaum dizalimi dan muslimin yang berada di tanah suci perlu mengguna kesempatan untuk berdoa bersungguh-sungguh agar malapetaka besar yang menimpa etnik Rohingya dipelihara Allah SWT.

Katanya, mereka perlu berdoa agar saudara mereka di Arakan diberi kekuatan untuk membela diri dari penindasan golongan penzalim di Myanmar kerana keadaan begitu kritikal.

"Mereka perlu memohon kepada Allah SWT agar golongan tertindas Rohingya mendapat pembelaan.

"MAPIM menyeru semua muslimin khusus dari Malaysia yang kini berada di tanah suci Mekah berdoa dan solat hajat memohon Allah melindungi warga Rohingya yang kini diserang tanpa belas," katanya dalam satu kenyatan.

Mohd Azmi berkata, seperti krisis sebelum ini, setakat ini belum nampak sebarang kenyataan tegas sama ada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta pihak berwajib yang lain dalam isu, meletakkan nasib etnik Rohingya pada kedudukan begitu meruncing.

Disiarkan pada: August 29, 2017 @ 12:00pm
d