mutakhir

Selamat tiba di Jordan [METROTV]

Oleh Amir Abd Hamid

SELEPAS menempuh perjalanan 12 jam termasuk transit di Bangkok, 33 individu ziarah Masjid Al Aqsa anjuran Yayasan Al-Amin selamat tiba di Jordan, 4.45 pagi waktu tempatan, hari ini (9.45 pagi waktu Malaysia).

Penerbangan dengan pesawat Boeing 787-8 Royal Jordanian lancar, cuma sedikit salah faham berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia apabila beberapa bagasi rombongan ditahan.

Bagasi berkenaan ditahan berikutan terdapat alat komunikasi jarak dekat yang akan digunakan sepanjang di Baitulmuqaddis.

Ketua Mutawwif Ustaz Mohd Hafez Harun berkata, pihak berkuasa lapangan terbang melepaskan bagasi itu selepas penjelasan diberikan.

"Jordan dikelilingi negara yang bergolak dan peralatan komunikasi adalah sensitif.

"Pihak mereka menyangkakan alat itu mampu berhubungan lebih satu Kilometer sedangkan ia hanya untuk jarak dekat bagi memudahkan rombongan," katanya.

Sementara itu, pensyarah Kuliyyah Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Adnan Abd Rashid, berkata, dia mahu belajar bagaimana pergi ke Baitulmuqaddis.

"Sekarang saya datang berseorangan untuk belajar cara memasuki Baitulmuqaddis dan merancang sendiri nak bawa keluarga kelak.

"Sebenarnya saya biasa ke Jordan sebab anak lelaki melanjutkan pengajian Usul Fikh di Universiti Yarmouk," katanya.

Menurutnya, biarpun selalu ke Jordan melawat anak lelakinya Ahmad Naimmuddin, 26, dan sudah hampir dengan Masjid Al-Aqsa namun dia tidak pernah ke tanah suci itu.

Pesara bomba, Ismail Muhammad, 64, dari Taman Keramat Kuala Lumpur pula berkata, dia dibiayai adik perempuannya, Zaleha, 50-an yang sebelum ini sudah ke Masjid Al-Aqsa.

"Pada 11 Mei lalu adik tawarkan untuk belanja saya ke Masjid Al-Aqsa dan minta saya tentukan tarikh sesuai.

"Saya lihat jadual dan waktu ini paling sesuai iaitu musim cuti sekolah Malaysia dan dapat sambut Aidiladha di Baitulmuqaddis," katanya.

Selain ziarah dan korban Yayasan Al Amin dengan kendalian ALCC Al Amin Travel Sdn Bhd juga turut membawa sumbangan untuk diagihkan kepada rakyat Palestin yang kesusahan secara berterusan.

Sumbangan orang ramai boleh dibuat menerusi akaun Maybank 5622 7260 3690 (Yayasan Al Amin).

Maklumkan sumbangan menerusi e-mel kepada yayasanalamin76@gmail.com atau hubungi pejabat yayasan di talian 03-55232296.

Keterangan gambar:

Pic 1: ISMAIL Muhammad melihat WhatsApp peta Masjid Al Aqsa yang dihantar adiknya Zaleha. Gambar Amir Abd Hamid

Pic 2: PROF Madya Adnan Abd Rashid (mugshot).

Pic 3: ROMBONGAN ke Masjid Al Aqsa singgah sarapan di Restoran Abu Zaghleh iaitu 25 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia sebelum menuju Jambatan Raja Hussein yang memisahkan antara Jordan dan Israel seterusnya ke Jerusalem.

Pic 4: WARTAWAN bergambar di hadapan Restoran Abu Zaghleh.

#kw ziarah Masjid Al-Aqsa

#loc 31.9453666, 35.928371599999998

Tamat

Disiarkan pada: August 29, 2017 @ 1:25pm
d