mutakhir

Mayat tersangkut di kayu

Oleh Rosliza Mohamed

KANAK-kanak lelaki berusia enam tahun ditemui lemas di sungai di Kampung Batu Hitam, Gaal, Pasir Puteh, 3.40 petang hari ini.

Difahamkan Ahmad Wafi Shamsuddin mandi bersama rakannya di sungai berkenaan yang terletak kira-kira 300 meter dari rumahnya.

Dia bagaimanapun hilang dan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh dipanggil untuk mencari.

Turut membantu adalah penduduk kampung.

Ketua BBP Pasir Puteh Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menemui mayat tersangkut pada kayu dekat dasar sungai berkedalaman tiga meter.

"Kita memulakan operasi mencari dan menyelamat selepas menerima panggilan kecemasan.

"Mayat ditemui tersangkut pada kayu dekat dengan pintu air iaitu 30 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Disiarkan pada: August 29, 2017 @ 8:04pm
d