mutakhir

251 karton rokok seludup dalam bonet

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

POLIS Jelebu merampas 251 karton rokok seludup daripada lelaki di Simpang Pertang, Jelebu, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, dalam kejadian 4.40 petang itu, pihaknya menjalankan Op Tapis dan menemui lelaki yang mencurigakan dalam kereta.

Katanya, pemeriksaan menemui 251 karton atau 2,510 kotak rokok bernilai RM12,000 dalam bonet kereta terbabit.

"Kita menjalankan pemeriksaan lanjut dan menemui pil eramin 5 seberat 0.14 gram dipercayai kegunaan sendiri lelaki itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Disiarkan pada: August 30, 2017 @ 1:56pm
d