mutakhir

Jualan minyak masak tidak terhad

Oleh Rosliza Mohamed

SEBANYAK 2,700 tan metrik minyak masak bersubsidi diperuntukkan untuk jualan terus kepada pengguna di Kelantan sempena Aidiladha.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan Datuk Abd Ghani Harun berkata, program jualan terus dari kilang itu diadakan dengan kerjasama Friends of KPDNKK.

"Sehingga kini sebanyak 50 tan metrik minyak masak sudah dijual dengan harga RM2.50 sepaket.

"Hari ini adalah jualan fasa ketiga sejak sebulan yang lalu. Sebelum ini kita buat jualan ketika Hari Koperasi dan Pengguna di Kota Bharu dan Hari Usahawan di Melor," katanya ditemui pada program itu di SMK Kubang Bemban, Pasir Mas, hari ini.

Beliau berkata, jualan minyak masak itu juga tidak terhad dan pengguna boleh membeli mengikut keperluan masing-masing.

Disiarkan pada: August 30, 2017 @ 2:46pm
d