mutakhir

Mahu serah memorandum bantahan

Oleh Norizuan Shamsudin

KIRA-kira 3,000 etnik Rohingya bersama lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan berkumpul di sekitar Ampang Park dan Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, 10 pagi hari ini sebelum disuraikan polis.

Mereka dilihat membanjiri kawasan berdekatan Kedutaan Myanmar di Jalan Ampang Hilir bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap kekejaman tentera negara itu terhadap etnik Rohingya.

Bagaimanapun, mereka disuraikan polis kira-kira 11 pagi dan dihalang berkumpul di hadapan Kedutaan Myanmar kerana mengganggu ketenteraman awam serta menyebabkan kesesakan lalu-lintas.

Semakan dilakukan polis juga mendapati perhimpunan itu dilakukan tanpa permit dan pihak penganjur juga tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai perhimpunan itu.

Tinjauan di lokasi mendapati keadaan kembali tenang dan peserta meninggalkan kawasan kedutaan terbabit pada 3 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan menahan 44 etnik Rohingya yang menyertai perhimpunan.

Disiarkan pada: August 30, 2017 @ 5:37pm
d