mutakhir

Sesak lebih tiga kilometer

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

KESESAKAN lebih tiga kilometer berlaku di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Sungai Buloh berhampiran jambatan Kepong susulan kebakaran lori kontena membawa sampah, kira-kira 7 malam hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.09 malam sebelum sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati lori terbabit sudah terbakar 100 peratus.

"Bagaimanapun, pemandu dan pekerja lori terbabit sempat menyelamatkan diri," katanya.

Mohd Sani berkata, kejadian itu menyebabkan kesesakan teruk.

"Dianggarkan kejadian itu menyebabkan kesesakan lebih tiga kilometer kerana beberapa laluan terhalang.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Disiarkan pada: August 30, 2017 @ 9:31pm
d