mutakhir

Tiada rakyat kita terjejas di Asia Selatan

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

TIADA warga Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian banjir di Bangladesh, India dan Nepal, namun Kementerian Luar akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Luar berkata, pihaknya melalui Perwakilan Malaysia di Dhaka, New Delhi dan Kathmandu akan terus memantau situasi banjir berkenaan.

Menurutnya, kerajaan Malaysia merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada kerajaan dan rakyat Bangladesh, India dan Nepal terutama kepada keluarga yang terbabit dalam kejadian banjir akibat hujan monsun baru-baru ini.

"Setakat ini, sekurang-kurangnya 1,200 orang dilaporkan terbunuh dan berjuta rakyat kehilangan tempat tinggal akibat banjir yang melanda ketiga-tiga negara berkenaan," katanya.

Disiarkan pada: September 1, 2017 @ 2:52pm
d