mutakhir

Remaja maut, rakan cedera

Oleh Nurul Fatihah Sulaini

REMAJA maut manakala rakannya cedera selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan kereta di Kilometer 12 Jalan Chalok-Telaga Papan, Setiu, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, Mohamad Sulaiman Salleh, 19, yang berasal dari Chalok dan menunggang Honda C100 meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Rakannya, Muhammad Al-Qusyairi Awang Mat, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chalok yang menunggang Honda C70 pula patah tangan dan kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, siasatan awal mendapati dua motosikal yang datang dari arah Telaga Papan menghala ke Chalok itu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya danmeninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Zulkifli berkata, mangsa yang cedera memberitahu mereka mengelak terlanggar babi melintas jalan.

Menurutnya, tindakan itu menyebabkan mereka masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta terbabit.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kemalangan itu berlaku.

"Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Setiu untuk rawatan susulan," katanya.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: September 4, 2017 @ 11:14am
d