mutakhir

Polis Kelantan korban dua lembu

Oleh Rosliza Mohamed

IBU Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan mengadakan majlis korban dua lembu sempena Aidiladha di Kota Bharu, hari ini.

Dua lembu berkenaan yang berharga RM10,000 sumbangan oleh individu tertentu.

Penyembelihan lembu itu bermula jam 8.30 pagi membabitkan seramai 300 pegawai dan anggota serta ahli keluarga IPK.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, majlis itu bertujuan merapatkan hubungan silaturahim sesama pegawai dan anggota.

Beliau yang mewakili Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, program itu adalah aktiviti tahunan sebagai mengingati pengorbanan sejarah Nabi Ibrahim AS.

"Setiap tahun majlis korban diadakan bagi mengeratkan hubungan antara kita dan erti perpaduan.

"Pada majlis ini jamuan makan disediakan kepada warga IPK," katanya ketika ditemui di IPK, Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata, walaupun polis sibuk menjalankan tugas harian, ibadat korban tidak dilupakan.

Disiarkan pada: September 4, 2017 @ 11:24am
d