mutakhir

Sumbangan Malaysia dihargai Kemboja

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

DUTA Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Seri Hasan Malek menerima pingat tertinggi kerajaan Kemboja iaitu Kingdom of Cambodia Medal Munisaraphoin Level of Mohasereivoth, hari ini.

Pegawai Khas kepada Hasan, Muhammad Razlan Ismail berkata, anugerah itu disampaikan Perdana Menteri Kemboja, Samdech Akeak Moha Sena Padey Techo Hun Sen di Masjid Jamek Kampung Cham.

Katanya, anugerah itu diberikan bagi menghargai sumbangan besar negara ke atas pembangunan masyarakat Islam di Kemboja.

Selain Hasan, turut diberi anugerah sama adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Muhammad Razlan berkata, Kemboja menghargai sumbangan Malaysia yang membantu membangunkan masyarakat Islam negara itu dalam soal kebajikan, pendidikan dan modal insan.

Disiarkan pada: September 4, 2017 @ 6:17pm
d