mutakhir

Pusat hiburan dibaling molotov cocktail

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

PEKERJA Bangladesh melecur di kepala dan tangan selepas terkena molotov cocktail yang dibaling dua lelaki di pusat hiburan di Kota Damansara, hari ini.

Dalam kejadian 4. 15 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Sujan, 30an, dikatakan berada di pintu masuk premis manakala tujuh lagi pekerja lain berada di pusat hiburan berkenaan.

Saksi di lokasi kejadian, Mohd Sharif Alsirip, 21, berkata, rakan sekerjanya itu baru hendak memasuki premis sebelum terkena percikan api akibat letupan molotov cocktail itu.

"Dia sempat meminta tolong dan seorang rakan lain cuba mengejar dua suspek yang bertopeng muka namun gagal. Dua suspek itu melarikan diri dengan sebuah kereta mewah model Audi berwarna hitam, " katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan kecemasan dengan menggunakan kenderaan rakan sekerja lain.

Katanya, dia bersama mangsa sudah sembilan bulan bekerja di kelab itu sejak dibuka dan ini adalah kali pertama kejadian sebegini berlaku.

Disiarkan pada: September 4, 2017 @ 7:28pm
d