mutakhir

Satu pusat pemindahan banjir dibuka

Oleh Mohd Hilmie Hussin

HUJAN lebat semalam hingga awal pagi hari ini, mengakibatkan beberapa kawasan di Melaka dilanda banjir hingga sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Anggota Sekretariat Jabatan Pengurusan Banjir Daerah Alor Gajah Kapten (PA) Mohammad Fairul Asikin Kadir berkata, PPS di Balai Raya Kampung Belimbing Dalam, Alor Gajah, mula dibuka pada 6.30 petang.

"Seramai 10 mangsa banjir dari dua keluarga ditempatkan di PPS terbabit kira-kira 7 malam.

"Jumlah mangsa ditempatkan di balai raya itu bertambah kepada 14 apabila satu lagi keluarga dipindahkan pada 10 malam tadi," katanya.

Menurutnya, cuaca di seluruh negeri Melaka hari ini baik, namun limpahan air akibat hujan semalam menyebabkan air sungai di kawasan rendah melimpah.

Menurut Muhammad Fairul Asikin, banjir berlaku 4 petang, dan sehingga malam ini tiada tanda menunjukkan paras air meningkat.

Disiarkan pada: September 4, 2017 @ 11:45pm
d