mutakhir

Tubuh berkecai digilis tren

Oleh Norizuan Shamsuddin

Petaling Jaya: Mayat lelaki ditemui hancur dan berteraburan sejauh 500 meter selepas mangsa digilis tren komuter, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.38 malam, mangsa dipercayai menceroboh kawasan landasan Keretapi Tanah Melayu (KTM) berdekatan Stesen Dato’ Harun, di sini, kelmarin.

Kemalangan menyebabkan mangsa yang berusia 54 tahun putus kepala, badan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan daripada KTM memaklumkan tren komuter berkenaan melanggar penceroboh landasan.

Katanya, siasatan mendapati komuter itu dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Sungai Buloh.

“Apabila tiba di lokasi pemandu tren ternampak kelibat lelaki baring di landasan dan dilanggar tren.

“Siasatan mendapati anggota badan bertaburan sehingga 500 meter di kiri dan kanan landasan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Disiarkan pada: September 6, 2017 @ 6:12am
d