mutakhir

Bukan di HSA

Oleh Mohd Sabran Md Sani

KEJADIAN siling runtuh bukan berlaku di bangunan utama Hospital Sultanah Aminah (HSA) seperti ditularkan hari ini sebaliknya ia membabitkan Kaunter Kaunseling Pemakanan Klinik Kesihatan Mahmoodiah di Jalan Mahmmodiah, Johor Bahru.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, kejadian berkenaan bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

"Insiden yang tular itu berlaku di Klinik Mahmodiah dan bukannya di HSA.

"Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini," katanya ketika dihubungi bagi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, punca kejadian itu dalam siasatan pihak terbabit.

Gambar siling runtuh itu tular menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Disiarkan pada: September 6, 2017 @ 12:57pm
d