mutakhir

Dua kedai produk kecantikan musnah

Oleh Rosliza Mohamed

DUA kedai menjual produk kecantikan di Kampung Kutan Hulu, Tumpat, musnah dalam kebakaran, 8.30 pagi hari ini.

Ketika kejadian pemilik kedai, tiada di premis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Wan Baijuri Wan Hassan berkata, seramai 11 anggota ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 8.51 pagi.

“Ketika tiba, premis sudah 70 peratus terbakar dan kita berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 15 minit.

"Kepantasan anggota juga membolehkan tiga lagi unit kedai bersebelahan diselamatkan," katanya, hari ini.

Beliau berkata, punca dan kerugian dialami masih dalam taksiran.

Disiarkan pada: September 6, 2017 @ 2:06pm
d