mutakhir

Pelajar tahfiz dikhuatiri lemas

Oleh Farah Suhaidah Othman

PELAJAR lelaki Tingkatan Satu Maahad Tahfiz Masjid Lama Lambor Kanan, Parit, dikhuatiri lemas dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Perak berhampiran sekolah berkenaan hari ini.

Dalam kejadian pada jam 9.45 pagi ini, Nik Aiman Nik Abdul Malik dipercayai tergelincir ketika memancing bersama rakannya di sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, sebaik sahaja menerima maklumat berhubung kejadian itu seramai lima pegawai dan 10 anggota bergegas ke lokasi berkenaan.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat turut dibantu seorang pegawai dan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar serta anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Maklumat awal yang diperolehi mangsa dipercayai tergelincir ketika memancing bersama rakan-rakan di belakang sekolahnya pagi tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Operasi BBP Seri Iskandar Zaiful Affendi Ahmad berkata, sebanyak dua bot bomba dan dibantu tiga bot orang awam digunakan dalam operasi mencari mangsa.

“Operasi pencarian diperluaskan dalam jarak satu kilometer (km) daripada lokasi mangsa jatuh.

“Keadaan cuaca hujan lebat serta arus sungai yang deras pada ketika ini menyukarkan pencarian mangsa di sungai berkenaan namun kita akan meneruskan pencarian sehingga mangsa ditemui,” katan

Disiarkan pada: September 6, 2017 @ 3:26pm
d