mutakhir

Harga petrol, diesel naik

Oleh HM Digital

 

HARGA runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 4 sen seliter manakala diesel naik 1 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik 4 sen menjadikan harga bermula Khamis ialah RM2.20 seliter berbanding RM2.16 seliter manakala harga RON97 ialah RM2.48 seliter berbanding RM2.44 seliter.

Harga baru diesel yang naik 1 sen menjadikan harga jualannya RM 2.05 seliter berbanding RM2.04 seliter.

Harga baru bahan api itu berkuat kuasa dari 7 September 2017 hingga 13 September 2017.

Harga baru itu dikuatkuasa dengan kaedah mingguan setiap Rabu berbanding secara bulanan sebelum ini.

 

Disiarkan pada: September 6, 2017 @ 6:28pm
d