mutakhir

Buat bantahan, hantar memorandum esok

Oleh Yusmizal Dolah Aling

PERGERAKAN Pemuda UMNO akan mengadakan bantahan di Kedutaan Myanmar dan menghantar memorandum kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) esok bagi menyatakan pendirian berhubung krisis di Rakhine, Myanmar.

Ketuanya Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya juga mahukan satu sidang tergempar penyelesaian jangka masa panjang dirancang dan dilaksanakan serta-merta selepas sidang berkenaan kerana keadaan di sana begitu meruncing.

Katanya, Pemuda UMNO juga akan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) untuk memberi bantuan kepada pelarian menerusi sukarelawan di Kementerian Belia dan Sukan yang kini berada di Bangladesh.

"Pemuda akan bersama-sama dengan pihak lain untuk membantu. Kita juga menyokong gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres supaya mencari jalan terbaik secara keseluruhan.

"Kita juga melancarkan kempen 'Air Mata Untuk Rohingya' sebagai solidariti untuk saudara seagama kita di sana," katanya dalam sidang media hari ini.

Disiarkan pada: September 7, 2017 @ 5:52pm
d