mutakhir

Lemas ketika memancing

Oleh Harun Yahya

DUA remaja, Pau Chiong Huat, 18, dan James Tiong Kiong Hoe, 12, yang dilaporkan hilang ketika memancing di Sungai Seduan dekat Taman Perumahan Permai Jaya, Sibu, ditemui lemas hari ini.

Penolong Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Sibu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, mayat ditemui pasukan penyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat yang melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.

Menurutnya, mayat Pau ditemui 10.33 pagi manakala mayat James ditemui 11.30 pagi.

“Identiti mangsa disahkan ahli keluarga mereka yang menunggu di lokasi kejadian.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kedua-dua mangsa lemas ketika memancing bersama lima rakan di tebing sungai dekat Taman Perumahan Permai kira-kira 6.30 petang semalam.

Ketika kejadian, James dikatakan terjatuh ke dalam sungai manakala Pau cuma membantunya. Bagaimanapun kedua-dua mangsa lemas sebelum mayat ditemui hari ini.

Disiarkan pada: September 8, 2017 @ 7:09pm
d