mutakhir

Tumpas dalam 2 jam

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Nilai:Tidak sampai dua jam merompak pasangan suami isteri, tiga daripada empat penjenayah ditahan di persimpangan lampu isyarat di Taman Desa Cempaka, di sini, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Nilai Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, kejadian berlaku pada jam 12.15 tengah hari apabila empat penjenayah merompak rumah mangsa di Kampung LBJ, di sini.

Katanya, pada mulanya suspek yang menaiki kereta Proton Saga bertanyakan lokasi kedai bunga sebelum seorang daripada mereka mengacukan parang kepada pasangan terbabit.

“Mereka kemudian melarikan barang kemas, wang tunai RM1,000, telefon bimbit dan pelbagai barangan lain,” katanya.

Katanya, bertindak atas laporan pihaknya melancarkan Op Cantas Khas dan mengesan kereta suspek.

“Polis menahan tiga suspek berusia 28 hingga 54 tahun berasal dari Petaling Jaya dan Rawang, Selangor serta Nilai. Polis turut merampas kereta, wang tunai, mata wang asing, pelbagai jenis telefon bimbit, dua bilah parang dan pisau.

“Semakan mendapati suspek memiliki 10 rekod jenayah lampau dan dikehendaki di Petaling Jaya,” katanya.

Katanya, polis kini sedang giat mengesan seorang lagi suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Disiarkan pada: September 9, 2017 @ 8:07am
d