mutakhir

Bakal timang 'baby boy'

Oleh Amirul Haswendy Ashari.

Pasangan selebriti, Amar Baharin, 32, dan Amyra Rosli, 26, bakal menimang cahaya mata lelaki penghujung Oktober nanti.

Ia diumumkan pasangan itu pada majlis sambutan ‘Baby Shower’ mereka yang berlangsung di sebuah pasar raya di sini, tadi.

"Insya Allah, kami bakal dikurniakan anak lelaki dan berharap anak sulong kami ini dilahirkan dengan selamat," kata Amar.

Amyra yang hamil hampir 33 minggu, mendedahkan bermimpi melihat bayi lelaki sehari sebelum menjalani pemeriksaan untuk mengetahui jantina bayi dikandungnya.

Pelakon drama Isteri Tuan Ehsan itu juga sering mengawal pemakanan terutama membabitkan pengambilan gula berlebihan bagi mengelakkan berlaku sebarang komplikasi kesihatan.

Amyra juga mendedahkan, suaminya paling teruja untuk menyambut kelahiran bayi malah menyimpan hasrat untuk menyambut sendiri kelahiran anak mereka.

Dalam pada itu, pasangan itu memilih untuk melahirkan anak sulong mereka di sebuah hospital swasta di sini.

Disiarkan pada: September 9, 2017 @ 6:48pm
d