mutakhir

'Depa kata Taman Relau Indah teruk'

Oleh Azahar Hashim

HUJAN lebat lebih dua jam melanda Bandar Baharu, Kulim, menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan sehingga membabitkan hampir 200 rumah.

Antara kawasan dinaiki banjir kilat air paras betis ialah Kampung Sungai Punti, Kampung Setoi dan Kampung Majidee di Serdang serta di Mukim Relau.

Pegawai Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar Baharu, Rokiah Mohd Sidek, berkata antara kawasan terjejas teruk ialah di Mukim Relau membabitkan 155 rumah di Taman Relau Indah.

Katanya, kawasan taman terbabit serta beberapa kampung lain dinaiki air banjir bersama lumpur sehingga paras lutut.

"Kami bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalankan pemantauan di kawasan dilanda banjir kilat bagi mengetahui keadaan sebenar.

“Hasil pemantauan tiada mangsa perlu dipindahkan dan keadaan paras air tidak meningkat dan kejadian banjir kilat serta lumpur pertama kali berlaku di Taman Relau Indah," katanya ketika dihubungi.

Disiarkan pada: September 9, 2017 @ 10:49pm
d