mutakhir

52 penduduk terjejas banjir kilat

Oleh Khairul Najib Asarullah Khan

SERAMAI 52 penduduk dari 19 keluarga ditempatkan ke pusat pemindahan berikutan kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat dalam kejadian banjir kilat di Kampung Sungai Machang Hilir, Lenggeng, malam ini.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Seremban, Lt (PA) Mohd Najib Abd Karim berkata, semua mangsa dipindahkan ke Surau Tengah Kampung Sungai Machang Hilir.

"Hujan lebat sejak 4 petang tadi (semalam) menyebabkan kawasan terbabit dilanda banjir kilat. Mereka dipindahkan termasuk 10 kanak-kanak serta seorang bayi perempuan.

"Kerja pemindahan mangsa bermula pada jam 7.30 petang. Malah, bencana ini berlaku disebabkan hakisan tebing selain saluran tidak diselenggara dengan baik," katanya.

Disiarkan pada: September 10, 2017 @ 12:12am
d