mutakhir

Curiga bot jongkong gerak perlahan

Oleh HM Digital

Lahad Datu: Pasukan Keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menahan 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai cuba memasuki negara ini secara haram.

Komander ESSCOM Datuk Hazani Ghazali berkata, tangkapan dibuat secara berasingan di perairan Kampung Makuou, dekat sini, pada Khamis lalu dan di perairan Mataking, Semporna, kelmarin.

“Tangkapan pertama dibuat jam 8 malam ketika sepasukan anggota Unit Risikan Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu melaksanakan Projek Pangkalan Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran di kawasan perairan Sahabat 16.

“Anggota PPM terserempak bot jongkong bergerak perlahan dalam keadaan mencurigakan kerana didapati cuba menghampiri kawasan pantai kampung berkenaan.

“Ketika pemeriksaan dibuat, 12 lelaki dan tiga wanita berusia antara satu hingga 64 tahun berada dalam bot berkenaan didapati tiada dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini, semalam.

Disiarkan pada: September 10, 2017 @ 10:25am
d