mutakhir

Perketat kawalan keselamatan

Oleh Amniera Naziera Amran

POLIS akan memperketatkan kawalan keselamatan di seluruh Sabah sepanjang Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di perkarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, bermula 15 hingga 17 September ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, langkah berjaga-jaga itu diambil supaya tiada pergerakan militan atau pengganas yang mengambil kesempatan lolos ke negeri ini ketika persiapan menyambut Hari Malaysia berlangsung di negeri ini.

"Keanggotaan pasukan kontinjen negeri mencukupi untuk memantau keselamatan negeri, pengunjung dan kawalan lalu lintas sepanjang program itu diadakan termasuklah kawalan ketat di setiap sempadan masuk.

"Biarpun tiada laporan militan yang lolos, pasukan keselamatan negara sentiasa dalam langkah berjaga-jaga," katanya ketika ditemui di program Kayuhan Patriot Hari Malaysia di perkarangan Kompleks Pentadbiran Kerajaan negeri, hari ini.

Ramli berkata, tiada militan yang lolos di kawasan perairan negeri terutama di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) sepanjang tahun ini.

Disiarkan pada: September 10, 2017 @ 11:30am
d