mutakhir

1,700 sertai perarakan Hari Kebangsaan

Oleh Omar Osman

SERAMAI 1,700 peserta membabitkan 58 kontinjen menyertai perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat Daerah Kuala Muda di Dataran Jam Besar, Sungai Petani, hari ini.

Peserta mewakili pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Veteran Angkatan Tentera (PVATM) dan parti politik.

Bermula dari Masjid Muzafar, Jalan Sungai Layar melalui Jalan Dewa dan berakhir di Dataran Jam Besar di Jalan Ibrahim, perarakan itu turut disertai kenderaan polis, bomba, tentera, Angkatan Pertahanan Awam serta Persatuan Superbike Sungai Petani.

Pegawai Daerah Kuala Muda, Md Nordin Yahya dalam ucapannya berkata, rakyat perlu menghargai jasa pejuang kemerdekaan serta pengorbanan anggota pasukan keselamatan mempertahankan kedaulatan negara.

"Tanpa perjuangan dan pengorbanan yang dilakukan pemimpin dan anggota keselamatan, tidak mungkin kita semua menikmati kehidupan aman makmur ketika ini," katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Datuk Ali Yahya dan ADUN Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Md Zain.

Disiarkan pada: September 10, 2017 @ 12:27pm
d