mutakhir

Maut motosikal terbabas

Oleh Safuri Kamarudin

PENUNGGANG motosikal maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Baru Kulim/Baling, berdekatan Kampung Batu Tujuh, Baling, tengah malam tadi.

Mangsa, Nazurah Mohamed Fazilah, 23, dari Bagan Tambang, Telok Air Tawar, Pulau Pinang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu mangsa menunggang motosikal Kawasaki RR150 dari arah Kulim menuju Baling.

Beliau berkata, hasil siasatan dipercayai mangsa terbabas sendiri apabila dia hilang kawalan dan melanggar penghadang besi di tepi jalan.

"Mangsa parah di kepala dan badan serta meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Baling untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga pagi ini," katanya.

Shariffuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Disiarkan pada: September 10, 2017 @ 12:41pm
d