mutakhir

Gaya murid Tabika tarik perhatian

Oleh Salman Hamat

GELAGAT 18 murid Tabika KEMAS Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, mengelilingi kampung dengan mengenakan pakaian diperbuat daripada Jalur Gemilang menarik perhatian orang ramai.

Pengerusi Tabika Kampung Permatang, Abdullah Md Derus berkata, program dianjurkan itu adalah bersempena Sambutan Hari Kebangsaan.

“Walaupun hanya berarak sejauh satu kilometer saja, murid mengambil bahagian tetap bersemangat menyanyikan lagu patriotik dan mengibarkan Jalur Gemilang, sekali gus menarik perhatian orang kampung.

"Objektif program ini adalah untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.

Kemuncak program itu adalah acara memotong kek sebagai simbolik meraikan Sambutan Hari Kebangsaan, malah murid dan ibu bapa turut dibawa bersiar-siar sekitar bandar raya Melaka dengan menaiki bas rasmi pasukan bola sepak Melaka United (MU).

Disiarkan pada: September 10, 2017 @ 12:52pm
d