mutakhir

Sekeluarga terperangkap dalam rumah [METROTV]

Oleh Nur Izzati Mohamad

EMPAT sekeluarga dilaporkan terperangkap selepas kediaman mereka di Kampung Sungai Buang, Nibong Tebal, dilanda banjir kilat berikutan limpahan air akibat hujan lebat, petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.22 petang memaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya, mangsa terdiri daripada dua lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tidak dapat menyelamatkan diri berikutan air naik melebihi paras satu meter.

"Seramai 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap bergegas ke lokasi untuk usaha menyelamat dan memindahkan mangsa ke tempat selamat.

"Banjir kilat itu mengakibatkan sebanyak 21 rumah di kampung itu ditenggelami air. Bagaimanapun 20 keluarga itu selamat kerana keluar dengan lebih awal," katanya.

Disiarkan pada: September 10, 2017 @ 2:18pm
d