mutakhir

Ajal dilanggar lari

Oleh Norizuan Shamsuddin

LELAKI maut selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan disyaki langgar lari di Jalan Sungai Gate, Ampang, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan mengenai kejadian pada 10.09 pagi.

Katanya, enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dikerahkan ke lokasi bagi bantuan.

"Setibanya dilokasi anggota mendapati mangsa, Zamri Mat Rani, 48, berasal dari kampung Sungai Chinchin, Gombak maut di lokasi selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan disyaki langgar lari.

"Mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut.

"Kemalangan turut menyebabkan berlaku tumpahan minyak dari arah Jalan Klang Gate menghala ke Taman Melawati dan anggota membantu membuat kerja-kerja pembersihan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Disiarkan pada: September 10, 2017 @ 5:27pm
d