mutakhir

[UPDATE] Dah ambil keterangan

Oleh Nabihah Kamal

POLIS sudah mengambil keterangan wanita yang memarahi anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sambil memegang pengunci stereng di Bandar Puteri Puchong, Rabu lalu.

 Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, wanita berusia 40-an bersama suaminya orang kurang upaya (OKU) berusia 50-an sudah memberi keterangan malam semalam.

 "Suspek dan suami dalam keadaan tertekan. Susulan itu, polis belum menahan suspek namun sudah mengambil keterangan untuk disiasat mengikut Seksyen 506 kerana ugutan jenayah.

"Esok polis akan merujuk kes ini kepada Timbalan Pendakwa Raya esok bagi tindakan selanjutnya," katanya.

Sebelum ini, tular di Facebook video penguat kuasa MPSJ berusia 30-an dimarahi oleh seorang wanita selepas lelaki itu mahu menunda kereta wanita terbabit yang diletakkan di parkir OKU.

 Bagaimanapun, suspek yang gagal mempamerkan pelekat OKU dan kad pengesahan naik angin sebelum memarahi lelaki sambil memegang pengunci stereng.

Susulan kejadian itu, penguat kuasa MPSJ terbabit membuat laporan polis manakala suami wanita itu sudah meminta maaf ketika membayar denda saman yang dikeluarkan.

Berita berkaitan:

'Stress' 1 petang di Bandar Puteri Puchong

Disiarkan pada: September 10, 2017 @ 10:08pm
d