mutakhir

Warga emas ditemui rentung

Oleh Junaidi Ladjana

 

LELAKI warga emas ditemui rentung selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Samparita Tengah, Kota Marudu, malam tadi.

Dalam kejadian 8.10 malam itu, mayat Yaad@Abd Shaad Enggok, 69, ditemui oleh abangnya selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa tinggal seorang diri dan dipercayai tertidur menyebabkan dia tidak sempat menyelamatkan diri ketika kebakaran itu berlaku.

"Menurut keterangan daripada pengadu yang juga abang mangsa, api cepat marak dalam masa 5 hingga 10 minit sebelum mangsa ditemui rentung oleh abangnya.

"Mayat mangsa kemudian dihantar ke bilik mayat Hospital Kota Marudu untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Izaan berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Disiarkan pada: September 11, 2017 @ 7:57am
d