mutakhir

Pulsar, V15 dapat sambutan

Oleh Lizam Ridzuan

SEJAK dilancarkan pada Mei lalu model Pulsar NS200, Pulsar RS200 dan V15 hasil kerjasama Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) dengan Bajaj Auto India Ltd (BAL) menerima sambutan yang sangat menggalakan.

Bagi mendapat maklum balas secara terus dan membina keyakinan kepada pembeli, satu sesi perjumpaan diadakan bersama mereka dengan unit jualan dan pemasaran Modenas malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas Amirudin Abdul Kadir berkata, acara yang pertama kali dianjurkan itu bagi memahami karakter pembeli segmen motosikal street Modenas dan memberi kualiti khidmat selepas jualan terbaik.

"Kami juga menawarkan pemeriksaan percuma serta meningkatkan kesedaran penunggang tentang pentingnya servis berjadual yang disediakan bagi ketahanan enjin serta kelancaran berterusan," katanya ketika berucap pada majlis itu.

Lebih 100 pemilik motosikal berkenaan hadir dengan pelbagai aktiviti dianjurkan seperti makan malam, kuiz berkaitan teknikal motosikal dan cabutan bertuah disediakan yang turut dikendalikan oleh wakil BAL dari India.

Disiarkan pada: September 11, 2017 @ 10:59pm
d