mutakhir

Perdana Menteri tiba di Amerika Syarikat

Oleh BERNAMA

Washington, DC: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba semalam untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Donald J Trump di White House.

Ketibaan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambut Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat Tan Sri Zulhasnan Rafique di Joint Base Andrews di Maryland.

Pertemuan yang akan diadakan atas undangan Trump itu adalah sempena sambutan ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

Pada pertemuan itu, Perdana Menteri dijangka memohon sokongan Amerika dalam usaha menghentikan keganasan oleh pihak tertentu terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Kuala Lumpur mengulangi komitmennya untuk memperjuangkan hak etnik Rohingya dan menghantar misi kemanusiaan bagi membantu pelarian yang didakwa meninggalkan kampung halaman mereka untuk mengelak daripada menjadi mangsa penindasan tentera Myanmar.

Disiarkan pada: September 12, 2017 @ 4:35am
d