mutakhir

Malaysia, Indonesia hantar pencalonan pantun

Oleh Norasikin Daineh

Kota Kinabalu: Malaysia bersama Indonesia secara bersama menghantar pencalonan pantun untuk diiktiraf sebagai warisan kebudayaan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Mac lalu.

Menteri Pendidikan Datuk Mahdzir Khalid merangkap Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) berkata, selain pantun, dua lagi warisan kebudayaan iaitu Dondang Sayang dan Pesta Wangkang turut dicalonkan ke UNESCO.

“Pantun ini, kita buat bersama Indonesia dan dihantar ke UNESCO bersama Indonesia, Mac lalu. Kami (SKUM) bawa pantun, Indonesia juga bawa pantun. Kertas pencalonan itu akan dikembalikan semula untuk dikemas kini dan proses ini mengambil masa sehingga dua, tiga kali untuk dinilai.

“Akhirnya diiktiraf antara Malaysia dan Indonesia pencalonan bersama. Sebab kalau bawa seorang (negara) ada masalah nanti,” katanya ketika ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung SKUM ke-39 di Wisma Pendidikan, semalam.

Disiarkan pada: September 12, 2017 @ 4:37am
d