mutakhir

Maut hantar anak sekolah

Oleh Siraj Mohd Zaini

Klang: Seorang ibu yang mahu menghantar anaknya ke sekolah maut apabila motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dan lori di Lebuh Sungai Kapar Indah, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam.

Mangsa, V Margeret, 39, dari Taman Sri Wangi, Kapar disahkan mati di lokasi akibat parah di kepala.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Klang Utara Asisten Superintendan Mohamad Irwani Nooruldin berkata, lokasi kejadian terletak berdekatan sekolah anak perempuan mangsa yang berusia 13 tahun iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Kapar Indah.

“Siasatan mendapati, motosikal ditunggang dua beranak itu dipercayai bergesel dengan kereta sebelum hilang kawalan dan melanggar belakang lori di bahu jalan.

“Mangsa parah di kepala dan luka di kaki. Anaknya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan,” katanya.

Disiarkan pada: September 12, 2017 @ 5:26am
d