mutakhir

[UPDATE AMUK] 'Pi check kat hospital'

Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

LELAKI yang menimbulkan kekecohan dan mengamuk di sebuah restoran di Pusat Bandar Parit Buntar, di sini, awal pagi ini akan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan susulan.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Katanya, pihaknya turut merampas pisau yang digunakan lelaki berusia 33 tahun berkenaan.

"Kami masih menyiasat punca suspek berkelakuan begitu.

"Suspek akan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan susulan,"katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan khianat.

Berita berkaitan:

'Awat yang hang mengamuk?'

Disiarkan pada: September 12, 2017 @ 2:41pm
d