mutakhir

Empat lelaki dicekup SPRM

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

EMPAT lelaki direman lima hari sehingga 16 September selepas dipercayai menawar dan memberi rasuah kepada penguatkuasa Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu bagi mengelak dikenakan tindakan kerana beroperasi tanpa lesen dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Perintah reman terhadap dua pemilik syarikat pembalakan, seorang pemandu lori dan seorang pengurus ladang dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Noradila Ab Latiffbagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dijalankan.

Terdahulu, empat suspek berusia antara 29 hingga 62 tahun tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Tinggi, Sesyen dan Majistret Kuala Terengganu pada jam 9.40.

Semalam, SPRM menahan tujuh individu di Pahang dan Terengganu kerana disyaki terbabit dengan kes pencemaran alam sekitar termasuk pembalakan haram.

Mereka disyaki membayar duit rasuah bagi mengelak dikenakan tindakan JPNT.

Disiarkan pada: September 12, 2017 @ 3:00pm
d