mutakhir

Tiga rumah kedai dijilat api

Oleh Nur Izzati Izzah Nadzi

TIGA rumah kedai hampir musnah dalam kebakaran di Jalan Sireh, Bandar Baru Klang pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang, Zaidi Ahtan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 4 pagi dan anggota dari dua balai dikerahkan ke tempat kejadian.

"Seramai 11 anggota dari BBP Sungai Pinang dan Kota Raja dikejarkan ke tempat kejadian.

"Setiba di sana, api marak namun kami berjaya mengawal kebakaran dalam temloh 30 minit.

"Anggota menggunakan empat aliran hos daripada dua jentera untuk memadamkan kebakaran," katanya.

Zaidi berkata, sebuah premis yang menjual perabot terpakai di tingkat bawah terbakar kira-kira lima peratus.

"Dua rumah kedai di tingkat atas masing-masing terbakar 50 dan 30 peratus," katanya.

Beliau berkata, bomba membawa keluar dua wanita dan seorang lelaki dalam premis berkenaan.

Katanya, tiada kecederaan dilaporkan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Disiarkan pada: September 12, 2017 @ 3:25pm
d